Prasekolah Sk Pos Poi, ditubuhkan pada tahun 2007 dengan muridnya seramai 25 orang. Buat pertama kalinya En. Basri bin Awang telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan kelas prasekolah di SK Pos Poi dan pemilihan beliau sebagai guru prasekolah pada ketika itu amat tepat, dan ini adalah kerana jumlah murid yang menghadiri kelas bertambah dari hari ke hari kerana tertarik dengan personaliti En. Basri yang peramah serta penyayang. Pada 19 Mac 2007, kelas prasekolah secara rasminya diambil alih oleh En. Muhamad Faisal bin Ismail. PPM yang pertama, Cik Shuhaida binti Shariff mula bertugas awal Jun 2007 hingga Januari 2009, dan diambil alih oleh En Ridhuan bin Hassan sehingga kini.
Sekolah Kebangsaan Pos Poi, 31100 Sungai Siput (U) Perak Darul Ridzuan. ABA4049 prasekolahpospoi@gmail.com http://prasekolahskpospoi.blogspot.com/
Monday, March 29, 2010
Sunday, March 28, 2010
Sekolah Kebangsaan Pos Poi... Sepintas Lalu
Sekolah Kebangsaan Pos Poi telah ditubuhkan di bawah kendalian Jabatan Hal Ehwal orang Asli pada tahun 1969. Pada tahun 1980 ianya dijadikan sekolah usaha sama Jabatan Pendidikan Perak dengan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, dan diambil alih sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1 Januari 1993
Friday, March 26, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)